Terima Kasih Followers

Friday, December 23, 2011

Square Pillow

Ni untuk Hazim. Gambar di atas adalah bahagian depan,
gambar bawah bahagian belakang.

Yang ni pula untuk Alisya. Gambar atas bahagian depan dan
gambar bawah gambar bahagian belakang.
Tempahan dari Rina, Terengganu.
Beliau order square pillow ni untuk anaknya. R
ina design gambar bear, tapi saya tambah sikit-sikit supaya
nampak menarik dan comei...comei tak??comei tak????
Terima Kasih, Rina.

Signage...

Tempahan dari Yan, Kuantan. Yan ni kawan masa di sekolah menengah.
Beliau order signage ni untuk Majlis Pernikahan adiknya Nani. Tq Yan.

Paper Bag





50 pieces white paper bag with doily..
tempahan dari Melaka untuk
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil...Tqvm
Reben disertakan sekali untuj ditampal pada paper bag tersebut.

Friday, December 9, 2011

Felt Cake



Yummy...yummy...sedapnyer cake.
Boleh lihat, boleh pegang tapi tidak boleh rasa.
First time buat cake from felt. Cubaan yang membanggakan..yeah...
Tunjuk kat anak buah berumur 3 tahun..dia sentuh creamnyer pastu terus jilat jari ....
cian dia kena kantoi...dia ingat kek betul...hihihi

Angry bird...


Angry bird dok dalam bakul...

Angry bird di dahan-dahan ...

Order Kak Rashidah


Tempahan daripada Kak Shida lagi, 1 boxy pouch saiz s dan
3 ekor angry bird yg tak berapa angry....tq kak shida

Friday, December 2, 2011

Bobbin Box


Bobbin Box (kotak sekoci dlm BM) ....Nak beli????
Sms jer kalau nak yer...RM13/box, tidak termasuk harga pos...

Bantal Love...

Bantal bentuk love ni tempahan daripada Rohaya SK Bdr Utama Damansara 2.
First time buat bantal beso....
Bantal macam ni lebih sesuai guna kain jenis flannel,
tapi sy tak de kain jenis tu...order pun mengejut...so sy guna kain felt sepenuhnya.
Keras skit, tapi nak buat cam mane, dah orang yang order tu nak cepat..huhuhu..
Inilah hasilnyer yang tak seberapa...saya dah hantar pun by hand pagi tadi...
Apapun tq yer Aya coz sudi order ngan akak....


Hadiah untuk Baby Haiqal

First time jahit selimut baby ala-ala quilt. Jadik jugak kan?? cantik tak?
Kain - kain ni beli kat blog Fabrics Fanatics...cantik-cantik kain kat ctu..
layanzzzz gambo yer...


Pouch ni digunakan untuk meletakkan bedak baby,
minyak dan sebagainya. Pouch cam ni pun bari first time jahit...

Wednesday, November 30, 2011

Order Nurul

Tempahan daripada Nurul, Shah Alam.
Nurul order keychain combined letter,
dan lolipop yang bahagian belakangnya ada wording
'Happy Birthday Miza'....lupa nak snap gambar bahagian belakang lolipop.

Ni pulak, keychain simple lolipop tanpa batangnyer.
Comel kan...khas untuk Nurul

Sunday, November 27, 2011

Love...Love



Tempahan love...love...ni datang daripada Cikgu Zahra.
Cenderahati untuk majlis perkahwinannya.
Boleh gantung kat kete, kat pintu dan kat mane-mane pun bole...
Anyway, Tq ya Cikgu Zahra &
Selamat Pengantin Baru ...
Semoga berbahgia hendaknya...Aminn....

Tuesday, November 22, 2011

Order Ida Zuraida

Repeat order dari Ida Zuraida. Keychain nama Ida, Falah dan Fakhrul.
Tqvm Ida.

Sunday, November 13, 2011

Cenderahati Majlis Pertunangan

Majlis pertunangan adik saya diadakan pada 11.11.11. Brown paper bag yang berisi coklat, cup cake, marshmallow coklat dan kerepek pisang untuk tetamu dewasa. Tema hitam putih..




Goodybag untuk kanak-kanak semasa majlis.

Hadiah untuk isteri



Semua tempahan di atas di masukkan ke dalam kotak ni
dan sy poskan terus ke pejabat isteri. Nak buat surprise...
tq kepada sang suami...

Tempahan Ida Zuraida

4 lollypop ni dibelakangnya semua ada nama.
Lupa nak snap gambar bahagian belakang.

Key chain nama. Tq ida zuraida coz sudi order.

Jahit manik


2 pasang baju kurung yang dijahit dengan manik yang simple jer.
Baju anak dan ibu,tempahan daripada kak rohaya, teman seperjuangan.
TQ kak Aya.

Order Kak Shida


Apron dengan nama Asma ni, kak shida order
untuk diberikan kepada adik angkatnya.


Love shape hanger untuk asma juga sempena majlis perkahwinan.
Kedua-dua tempahan ni kak shida hadiahkan untuk asma
sempena majlis perkahwinan asma.
Kak Shida ni jiran rumah lama saya.
Dah lama tak jumpa, akhirnya jumpa semula di FB.
Tq Kak Shida.

Tuesday, November 1, 2011

FizaCraft mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Selamat bercuti....
Harap maaf, tutup buat sementara waktu.
Boleh buat tempahan, tetapi tempahan akan dibuat selepas 11.11.2011.
Kesibukan berganda kerana sambuatan hari raya aidiladha
dan membuat persiapan majlis pertunangan adik perempuan .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...